PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN KREATIF NURELAMIN (PLKKN)


Merupakan sebuah institusi latihan kemahiran yang dikhususkan untuk melatih anak-anak dari golongan asnaf, yatim dan miskin. PLKKN akan beroperasi di alamat di atas yang merupakan sebuah bangunan kedai 2 tingkat yang telah diserahkan untuk digunapakai (tanpa sewa) oleh KOPERASI SERBAGUNA KAKITANGAN MAS. Bangunan tersebut sedang diubahsuai untuk dijadikan sebuah institusi latihan yang mempunyai asrama, dewan kuliah, dewan latihan, surau dan sebagainya.

PLKKN akan memulakan operasi pada 1hb. November akan datang dengan pengambilan pelajar seawal usia 13 tahun. Mereka terdiri dari pelajar yang asalnya tidak berminat dengan pengajian akademik biasa dan ada diantaranya terlibat dalam gejala ponteng sekolah dan sebagainya. Setelah hamper setahun berada di bawah bimbingan Rumah Amal Nurel Amin, pelajar-pelajar ini menampakkan keinginan untuk terus membaiki diri dan berusaha memiliki sesuatu kemahiran sebagai bekalan hidup mereka. Mereka dipilih untuk menjadi pelajar perintis program melahirkan pelajar berkemahiran IT dan kreatif di PLKKN.

PLKKN akan bekerjasama dengan beberapa pihak seperti GIAT MARA, Majlis Kemahiran Malaysia, Jabatan Agama Islam dan lain-lain institusi pendidikan bagi memastikan pendidikan dan latihan kemahiran yang didedahkan kepada mereka mendapat pengiktirafan yang sewajarnya.

Diantara bidang pengajian dan kemahiran yang akan dijalankan ialah:

1) PENGAJIAN TERAS:

TAHFIZ, ILMU-ILMU AL-QURAN, HADIS, SEJARAH DAN FARDHU AIN

2) PENGAJIAN BAHASA:

BAHASA MALAYSIA, BAHASA INGGERIS DAN BAHASA ARAB

3) PENGAJIAN ASAS AKADEMIK:

MATHEMATIK, SAINS, GEOGRAFI, SEJARAH

4) PENGAJIAN KREATIF:

PEMIKIRAN KREATIF ASAS, LUKISAN, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN

5) PENGAJIAN UMUM:

KEFAHAMAN ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP, TATA NEGARA DAN KEMASYARAKATAN

6) KEMAHIRAN KOMPUTER ASAS:

PENGENALAN KOMPUTER, SOFTWARE DAN HARDWARE, MICROSOFT DAN EXCEL

7) KEMAHIRAN KREATIF ASAS:

PENGENALAN REKABENTUK KOMPUTER, REKABENTUK GAMBAR, APLIKASI

8) KEMAHIRAN KREATIF:

INTERNET, MULTIMEDIA

Sedekah Di Bulan Ramadhan

Diriwayatkan dalam Shahih Al-Bukhari dan Muslim, dari Ibnu Abbas raldhiallahu 'anhuma, dia berkata:

"Nabi shallallahu 'alaihi wasallam adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih dermawan pada bulan Ramadhan, saat beliau ditemui Jibril untuk membacakan kepadanya Al-Quran. Jibril menemui beliau setiap malam pada bulan Ramadhan, lalu membacakan kepadanya Al-Quran . Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ketika ditemui Jibril lebih dermawan dalam kebaikan daripada angin yang berhembus.

Hadits ini diriwayatkan pula oleh Ahmad dengan tambahan:

"Dan beliau tidak pernah dimintai sesuatu kecuali memberikannya."

Dan menurut riwayat Al-Baihaqi, dari Aisyah radhiallahu 'anha:
"Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallamjika masuk bulan Ramadhan membebaskan setiap tawanan dan memberi setiap orang yang meminta."

Kedermawanan adalah sifat murah hati dan banyak memberi. Allah pun bersifat Maha Pemurah, Allah Ta'ala Maha Pemurah, kedermawanan-Nya berlipat ganda pada waktu-waktu tertentu seperti bulan Ramadhan.

Dan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah manusia yang paling dermawan, juga paling mulia, paling berani dan amat sempurna dalam segala sifat yang terpuji; kedermawanan beliau pada bulan Ramadhan berlipat ganda berbanding bulan-bulan lainnya, sebagaimana kemurahan Tuhannya berlipat ganda pada bulan ini.

Berbagai pelajaran yang dapat diambil dari berlipatgandanya kedermawanan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam di bulan Ramadhan:

1. Bahawa peluang ini amat berharga dan melipatgandakan amal kebaikan.
2. Membantu orang-orang yang berpuasa dan berzikir untuk sentiasa taat, agar memperoleh pahala seperti pahala mereka; sebagaimana sesiapa yang membekali orang yang berperang maka ia akan beroleh seperti pahala orang yang berperang, dan siapa yang akan menanggung dengan balk keluarga orang yang berperang maka ia akan beroleh pula seperti pahala orang yang berperang. Dinyatakan dalam hadis Zaid bin Khalid dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam baginda bersabda:
"Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berpuasa maka baginya seperti pahala ovang yang berpuasa itu tanpa menguuangi sedikitpun dari pahalanya." (HR. Ahmad dan At-Tirmidzl).

3. Bulan Ramadhan adalah saat Allah berderma kepada para hamba-Nya dengan rahmat, keampunan dan pembebasan dari api neraka, terutama pada Lailatul Qadar Allah Ta 'ala melimpahkan kasih-Nya kepada para hamba-Nya yang bersifat kasih, maka barangsiapa berderma kepada para hamba Allah, nescaya Allah Maha Pemurah kepadanya dengan anugerah dan kebaikan. Balasan itu adalah sejenis dengan amal perbuatan.

4. Puasa dan sedekah bila dikerjakan bersama-sama termasuk sebab masuk Syurga. Dinyatakan dalam hadis Ali radhiallahu 'anhu, bahawa Nabi shallallahu' alaihi wasallam bersabda:
"Sungguh di Syurga terdapat bilik-bilik yang bagian luamya dapat dilihat dari dalam dan bahagian dalamnya dapat dilihat dari luar." Maka berdirilah kepada beliau seorang Arab Badwi sambil berkata: Untuk siapakah bilik-bilik itu wahai Rasulullah,? Jawab beliau: "Untuk siapa saja yang berkata baik, memberi makan, selalu berpuasa dan solat malam ketika orang-orang dalam keadaan tidur. "(HR. At-Tirmidzi dan Abu Isa berkata, hadis ini gharib)
Semua kriteria ini terdapat dalam bulan Ramadhan. Terkumpul bagi orang yang beriman dalam bulan ini; puasa, solat malam, sedekah dan perkataan baik. Kerana pada waktu ini orang yang berpuasa dilarang daripada perkataan kotor dan perbuatan keji. Sedangkan solat, puasa dan sedekah dapat menghantarkan pelakunya kepada Allah Ta 'ala.

5. Puasa dan sedekah bila dikerjakan bersama-sama lebih dapat menghapuskan dosa-dosa dan menjauhkan dari api neraka Jahannam, terutama jika ditambah lagi solat malam. Dinyatakan dalam sebuah hadis bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Puasa itu merupakan perisai bagi seseorang dari api neraka, sebagaimana perisai dalam peperangan" (Hadith riwayat Ahmad, An-Nasa'i dan Ibnu Majah dari Uthman bin Abil-'Ash; juga diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dalam Shahihnya serta dinyatakan shahih oleh Hakim dan diluluskan Adz-Dzahabi.) Hadith riwayat Ahmad dengan isnad hasan dan Al-Baihaqi.
Diriwayatkan pula oleh Ahmad dari Abu Hurairah bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Puasa itu perisai dan benteng kukuh yang melindungi seseorang) daripada api neraka"
Dan dalam hadith Mu'adz radhiallahu 'anhu, Rasulullah shallallahu' alaihi wasallam bersabda:
"Sedekah dan solat seseorang di tengah malam dapat menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api" (Hadist riwayat At-Tirmidzi dan katrrnya. "Hadits hasan shnhih."

6. Dalam puasa, tentu terdapat kekeliruan serta kekurangan. Dan puasa dapat menghapuskan dosa-dosa dengan syarat menjaga diri dari apa yang mesti dijaga. Padahal kebanyakan puasa yang dilakukan kebanyakan orang tidak dipenuhi dalam puasanya itu penjagaan yang semestinya. Dan dengan sedekah kekurangan dan kekeliruan yang berlaku boleh terlengkapi. Oleh itu pada akhir Ramadhan, diwajibkan membayar zakat fitrah untuk mensucikan orang yang berpuasa dari perkataan kotor dan perbuatan keji.

7. Orang yang berpuasa meninggalkan makan dan minumnya. Jika ia dapat membantu orang lain yang berpuasa agar kuat dengan makan dan minum, maka kedudukannya sama dengan orang yang meninggalkan syahwatnya kerana Allah, memberi dan membantukannya kepada orang lain. Untuk itu disyari'atkan baginya memberi hidangan berbuka kepada orang-orang yang berpuasa bersamanya, kerana makanan ketika itu sangat disukainya, maka hendaklah ia membantu orang lain dengan makanan tersebut, agar ia termasuk orang yang memberi makanan yang disukai dan kerananya menjadi orang yang bersyukur kepada Allah atas nikmat makanan dan minuman yang dianugerahkan kepadanya, di mana sebelumnya ia tidak mendapatkan anugerah tersebut. Sungguh nikmat ini hanyalah dapat diketahui nilainya ketika tidak didapati. (Lihat kitab Larhaa'iful Ma'arif, oleh Ibnu Rajab, hlm. 172-178.)

Semoga Allah melimpahkan taufik-Nya (kepada kita semua). Shalawat dan salam semoga senantiasa dilimpahkan Allah kepada Nabi kita Muhammad, segenap keluarga dan sahabatnya.

PROGRAM KEBAJIKAN RAMADHAN AL MUBARAK

“TAAWUNU ALAL BIRRI WATTAQWA”
PROGRAM KEBAJIKAN RAMADHAN AL MUBARAK

Program kebajikan Ramadhan Al-mubarak, diharap dapatlah kiranya Tuan/Puan, umat islam dapat mengambil bahagian bersama disamping membantu anak-anak di Rumah Amal ini merasai suasana di bulan Ramadhan yang diberkati Allah juga Tuan/Puan dapat memberi sumbangan besar kebajikan kepada ahli keluarga tersayang yang telah kembali ke rahmatullah terlebih dahulu.

Yang berbahagia Tuan/Puan,
umat islam dapat membuat tempahan nama untuk ibu bapa, suami/isteri serta keluarga dekat yang dikasihi yang telah meninggal dunia terlebih dahulu kepada program “Ta’awun” iaitu tolong menolong dalam membuat kebajikan iaitu pihak anak-anak Rumah Amal akan membaca 30 juzuk khatam Al-Qur’an dan bertahlil. Mula awal ramadhan ini 1431 hijrah, untuk dihadiahkan pahala bacaannya kepada penama-penama Allahyarham, Allahyarhamah yang telah Tuan/Puan senaraikan di lampiran A. sumbangan Tuan/Puan secara ihklas untuk berbuka puasa bersahur dan selebihnya sebagai wang saku kepada pelajar-pelajar dan guru-guru untuk menyambut Hari Raya.
Bersedekah Di Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan adalah bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Antaranya Allah s.w.t. telah menjanjikan bahawa akan terbuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka, serta diikat segala syaitan. Pada bulan Ramadhan juga digalakkan kita bersedekah bagi mewujudkan keinsafan diri dan menyemai sikap tanggungjawab sesama manusia.

Selama sebulan kita menikmati juadah berbuka puasa dengan beraneka macam makanan lazat dan minuman segar dan seterusnya merayakan Aidilfitri pada 1 Syawal. Akan tetapi sedarkah kita, masih ada antara masyarakat kita yang masih hidup dalam kemiskinan dan juga saudara-saudara seagama kita di luar sana yang menderita akibat peperangan ataupun bencana alam?

Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersifat lebih pemurah dan dermawan sewaktu Ramadan. Dalam hal ini, Baginda bersabda yang bermaksud:

“Sedekah yang paling afdhal (baik) adalah sedekah yang dikeluarkan dalam bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Marhaban Ya Ramadhan, kita ucapkan untuk bulan suci ini kerana mengharapkan agar hati dan jiwaraga kita diasah dan diasuh, dilatih dan ditarbiyyah serta dinaiktaraf dan diiktiraf. Selamat memasuki madrasah Ramadhan ini dan semoga setelah keluar darinya segala dosa-dosa kita diampuni oleh Allah SWT Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga Ramadhan tahun ini adalah yang terbaik buat kita semua. Demi sesungguhnya “sebesar-besar karamah adalah memegang istiqamah.” Ramadhan Kariim dan selamat beribadah dengan penuh keikhlasan saya ucapkan buat semua tetamu ziarah yang budiman sekalian!

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan


Daripada Jabir bin Abdullah radhiallahu ‘anhuma, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata: “Amin, amin, amin”. Para sahabat bertanya: “Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?” Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata: ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata: ‘Amin’. Kemudian Jibril berkata lagi: ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke Syurga dan katakanlah amin!’, maka kukatakan: ‘Amin’. Kemudian Jibril berkata lagi: ‘Celaka seseorang yang jika disebut namamu namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!’, maka kukatakan: ‘Amin’.” (Riwayat Imam Al-Bukhari).


Bersedekah erat ikatan kemesraan sesama insan

SETIAP amalan baik yang dikerjakan pada Ramadan akan mendapat balasan atau pahala berlipat ganda berbanding bulan lain. Inilah antara kelebihan yang diberikan Allah kepada umatnya pada bulan ini.

Pada bulan mulia ini, umat Islam digalakkan bersedekah dalam apa bentuk sekalipun kerana amalan itu mempunyai banyak keberkatan bukan saja kepada pemberi, lebih-lebih lagi kepada penerimanya.

Mengenai perkara ini, daripada riwayat at-Tirmizi bahawa Rasulullah bersabda maksudnya: “Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada Ramadan.”

Oleh itu, setiap umat Islam hendaklah berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan pada Ramadan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah.

Perkara ini kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah pada hari akhirat kelak.

Bersedekah bukan hanya memberikan wang, malah termasuk mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang berpuasa.

Konsep memberi (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan saja selama Ramadan, bahkan pada bulan lain. Perkara sedemikian kerana selalu bersedekah akan memberikan pengaruh yang baik pada peribadi dan masyarakat umumnya.

Dengan bersedekah seseorang itu akan dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya, di samping mengeratkan ikatan kemesraan dalam masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.

Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.


MAYBANK : 562012005095 atas nama; PUSAT JAGAAN NUR EL AMIN